Wednesday, February 24, 2010

TIPS PANDUAN MENJAGA KULIT WAJAH


Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.

1. Pelembab

a. Kulit Normal

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.

b. Kulit Kering

Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.

c. Kulit Berminyak

Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

0 comments: