Monday, March 8, 2010

CARA JAGAAN DAN RAWATAN KULIT YANG BETUL

Cara jagaan dan rawatan kulit yang betul

Psttt... Ingin cantik macam org di dalam gambar nie? Haaa... cuba baca kat bawah ni, bukan susah pun cuma pastikan memilih produk yang selamat jer. Dan jangan sesekali terpengaruh dengan tawaran yang mendakwa boleh kelihatan cantik dalam masa yang terlalu singkat! Tipu sangatttt ler tuh. Jangan lupa baca label kandungan itu yekk. Mana la tau, kut-kut ada bahan terlarang yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Sapa akan merana?? korang gak... jom amik tau.

* Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.

* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran ultra ungu matahari boleh menyebabkan kanser kulit.

* Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ini akan menyebabkan radangnya merebak dan akan merosakkan tisu halus di bawah kulit anda.

* Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan akan melambatkan keupayaan kulit untuk sembuh.

* Segeralah berjumpa pakar dermatologi (pakar kulit) jika mempunyai masalah atau ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai penjagaan.

0 comments: